Perlaksanaan Sukan Orang Pekak Malaysia

Pada mulanya, temasya ini dikenali sebagai Kejohanan Sukan Antara Kelab Pekak (1985 hingga 1989) dan Sukan Kebangsaan Orang Pekak (1990 hingga 2006). Temasya ini juga pada mulanya diadakan setiap tahun. Bermula pada tahun 1993, temasya ini diadakan sekali dalam dua tahun. Namun, pada tahun 2003, temasya ini mula diadakan setiap tiga tahun. Pada tahun 2012, temasya ini kembali diadakan setiap dua tahun iaitu selepas Sukan Malaysia berakhir.